Polis Thailand dan gerila Patani tewas dalam pertemporan selama 5 jam
PATANI DARUSALAM: 26 Okt. – Seorang pegawai polis Thailand terbunuh dan dua suspek pejuang pembebasan Patani gugur shahid dalam pertempuran selama lima jam sewaktu pihak polis Thailand mengepung sebuah rumah yang disyaki sebagai tempat persembunyian Pejuang Pembebasan Patani, semalam
Menurut jurucakap pihak kerajaan Thailand, dua pejuang pembebasan Patani berkenaan gugur shahid selepas mereka enggan menyerah diri setelah dikepung oleh beratus-ratus anggota polis dan tentera Thailand.
Pihak berkuasa mengepung rumah berkenaan selepas mendapat maklumat mengenai kehadiran anggota pejuang Pembebasan Patani.
Menurut polis Thailand, anggota Pejuang pembebasan yang bersembunyi di dalam rumah itu telah melepaskan tembakan dan menyebabkan seorang pegawai polis terbunuh manakala empat yang lain cedera parah.
Sementara itu Insiden berdarah di pekan Tabba (Tak Bai) empat tahun lalu masih tidak terlupa di hati penduduk suku Melayu (selatan Thailand).
Insiden yang menyaksikan kekejaman pegawai tentera Thailand ketika mantan rejim Bangkok Thaksin shinawat berkuasa, yang tidak ada peri kemanusiaan yaitu memukul dan menyumbat ratusan pemuda etnis Melayu yang melakukan tunjuk persaan secara aman, ke dalam trak dan akhirnya menyebabkan 78 daripadanya mati akibat sesak nafas, tidak akan dilupakan oleh keluarga mangsa khasnya dan masyarakat Melayu umumnya.
Hari ini, sempena ulang tahun keempat peristiwa itu, Beribu-ribu pemuda suku Melayu berkumpul di sebuah masjid di sini untuk memperingati peristiwa tersebut.
Mereka mengerjakan solat sunat dan tahlil untuk mendoakan keselamatan ke atas roh umat Islam yang menjadi korban dalam gelombang keganasan yang dilakukan rejim tentera Thailand.
Sementara itu, beratus-ratus pelajar suku Melayu mengambil bahagian dalam tujuk perasaan secara aman untuk mendesak kerajaan Thailand memberi perhatian kepada soal keamanan di wilayah suku Melayu terbabit.
Sehingga kini, lebih 3,500 penduduk termasuk pegawai kerajaan, suku Melayu dan suku Siam Buddha menjadi korban di wilayah terbabit sejak gelombang kebangkitan masyarakat suku Melayu melawan penjajah Thailand tercetus pada 4 Januari 2004.